Saturday, January 22, 2011

Winter Break (bahagian satu)






 Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk..(skema cket)
di samping menghabiskan "winter break" ini dengan makan, tido, main fifa, tengok movie, buat bising main counter strike ngan kanak2 tahun satu yang len dan begitulah rotation yang seterusnya, ..SeoranG InsaN.. telah mengikuti rombongan melancong sekitar Jordan anjuran Bujang Sepi Tours Agency yang dikepalai oleh saudara Muhd Nur Afiq bin Yasim
Rombongan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam
Kami telah bertolak pada hari Selasa pukul 7.00 pagi 
Destinasi kami yang pertama ialah Aqaba
perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam

Apa yang menariknya kat Aqaba ny ialah:
1)Ada makanan laut..kempunan makanan laut selama 4 bulan terbayar di sini..haha
2) batu karang yang amat cantik..sempat snorkelling lagi..macam kat dunia lain..pergh!!cantik giler!
3) terletak lebih kurang 9 km dari Israel..boleh nampak dari sini
5)first tym nek bot..siap boleh bawak lagi..syok!!


keadaan dalam coaster..serabut giler..

selepas snorkelling



bersama pemandu bot selepas memandu bot..bukan susah pun! hee..


sunset di pantai aqaba
pemandangan dasar laut

macam titanic (tp dalam boat r)

Destinasi kedua selepas aqaba ialah Wadi Rum
Cadangnye nak tengok sunset tp matlamat tidak tercapai sebab matahari dah terbenam
so, kat sini pun x lama sangat pun
cuma nak masuk dalam kena naik jip
musafir di padang pasir

pemandangan dari atas bukit untuk melihat matahari terbenam dan jip yang dinaiki untuk sampai ke kawasan ini
 Destinasi yang terakhir ialah Petra
Petra merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia
Hal ini kerana reka bentuk yang terdapat di sini bukanlah dibina tetapi diukir
Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean 
Ia didirikan sembilan tahun sebelum masihi sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.
cuba bayangkan bagaimana gunung2 yang besar sebegini boleh diukir oleh manusia 
(sila klik Petra untuk bacaan lebih lanjut)

tiket nak masuk (kalau convert dlm Malaysia 50x4.3=RM215 untuk sehari)
tp kami sebagai student ade hawiyah, jd bayarannye cume 1 JD= RM 4.30 :)

semua muka x sbr2 nak masuk Petra
x taw r ape fungsi org ny..nak cakap guard x mcm guard..bergambr je lar..
ukiran2 sepanjang perjalanan dalam Petra
Setelah penat berjalan lebih kurang 2km akhirnya destinasi yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu...

betapa kerdilnya manusia jika nak dibandingkan dengan batu2 yang dipahat ini


kereta kuda ny nak nek mahal iaitu 30 JD (lebih kurang RM129)
nak nek unta boleh tahan mahalnye (8JD)..so bergmbar jelah dgn unta ny
 Setelah berjalan lebih kurang 2.5 km, kami telah dioffer untuk menaiki keldai ke puncak bukit
org arab penjaga keldai 2 cakap kalau jalan kaki 1 jam baru sampai
kalau nek keldai 20 minit je..
jadi kami pun naik keldai dengan bayaran 5 JD..

keldai yang aku tunggangi lebih kurang 20 minit bernama Michael Jackson
 cara nak tunggang keldai ny x lah susah sangat (tapi cuak gak sebab lalu tepi tebing curam)
kalau nak gerakkan dye cakap "helwah"
kalau nak berhentikan dye buat bunyi "Ssshhhh"
kadang2 jadi, kadang2 x..haha..

sampai gak kat sini lepas naik keldai td..ny yang kedua antara yang tercantik

Lepas tu, jalan kaki pulak nak naik ke.....



lawa giler dr atas ny!
Dan selepas berjalan lebih kurang 8 km di Petra (masuk 4km dan keluar 4km) selama hampir 5 Jam (8.30-2.30), kami pulang semula ke kampung halaman kami iaitu Irbid (cewahh!)
kami sampai lebih kurang pukul 10.00 kut (x pasti)
dan berhimpunlah kami di kedai halawiyyat al-Akhdar sebab ade duit lebih

kedai Halawiyyat al-Akhdar

Jadi, rasanya setakat ini sajalah yang boleh dikongsikan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang len
~Sharing is Caring~
Mata pun sudah mengantuk sebab jam telah menunjukkan pukuk 4.00 pagi di Jordan dan 10.00 pagi di Malaysia
Sejam lagi masuk subuh
Pergh! stay up malam ny
Biasalah tulis blog ny kena waktu2 macam ny
Baru Sy0k!

        OK!!
Bertemu lagi pada "winter break" bahagian dua pulak (kalau ade r)
InshaAllah.....

Wassalam




*credit to Aminul Huzairi, Rusydi, Yuusuf Jalil for the pictures

*kamus lakusindri : coaster - kenderaan seperti bas mini
                              hawiyah - kad ID
                              halawiyyat - manisan2 di Irbid (macam2 ada!)
            
 p/s : afiq, penuh aku tulis nama ko ny sbb nak promote agency ko..untung bahagi dua..hahaha..





Sunday, January 16, 2011

Erti Sebuah Persahabatan


Keif Halak ya asdhikoi?
Shlonak??
ana tamam wa kuwayyis
Alhamdulillah...

Sahabat ?? Kawan?? apa bezanya???
bagi ..SeoranG InsaN.. sahabat adalah teman yang lebih bermakna berbanding dengan kawan..
mungkin seorang sahabat adalah lebih penting dari sepuluh kawan..

Apa buktinya??
1) seorang yang rapat dengan Rasulullah S.A.W lebih dikenali dengan gelaran sahabat
2) kawan makan kawan ( jarang kita dengar sahabat makan sahabat)
3) cuba tengok tajuk kat atas : Erti Sebuah Persahabatan ( pernah x kita dengar erti sebuah perkawanan??)

Sebuah persahabatan yang diredhai Allah adalah dua orang insan yang bertemu dan berpisah adalah kerana Allah. Jadi seharusnya kita menjaga tali persahabatan ataupun ukhwah sesama kita.

Jadi x mahu cerita lebih sebab semua pun tahu kan bagaimana tali persahabatan itu perlu dijaga dan diperkukuhkan. InsyaAllah Encik Google ataupun YB Yahoo boleh membantu..

Cerita ini adalah sekadar perkongsian semata-mata pada awal "winter break"..

Demi menjaga dan memantapkan ukhwah kami di sini,, kami telah membuat "prank" kepada sahabat kami iaitu Yuusuf Jalil atau nama manja beliau Ucop Chan sempena dengan befdaynye..

"Prank" ini telah diasaskan oleh ahli rumah beliau iaitu afiq yasim, zafran (Z), dan rushdi(walaupun tgh tido) serta dibantu oleh skuad2 legendary iaitu nadzmi, zhafir dam kamal_7. Skuad2 profesional, amateur dan beginner yang len sedang berjihad di alam lain bersama rozana (hirom) kerana "prank" ini telah dilangsungkan pada pukul 2.30 pagi (takriban)..

Walaupun prank ini telah terkantoi oleh tuan punye befday (ucop chan),, tetapi kemanisan "prank" ini tetap ada..hehehe (ayat cover)






Ini adalah satu wasilah bagi kita untuk mengeratkan ukhwah kita. ..SeoranG InsaN.. amat pasti dan yakin bahawa kita selalu melakukan "befday prank" sebegini..Betul kan?? Walaupun nampak simple tetapi kesannya amat mendalam terutama kepada yang kena "prank" tu..

Contohnya ketika bersama dengan sahabat-sahabat di kelas 4 n 5 Smart di sekolah lama..Nak bagitaw betapa power x power dan hebat x hebatnya "prank" ini ialah mangsa "prank" tu siap menangis teresak-esak lagi..puas pulak nak pujuk..HAHAHAH..(tak taw lah sape ek..)

Melalui perkara sebeginilah kita dapat mengetahui betapa mendalamnya nilai persahabatan ini..
Kerana setiap detik dan masa kita bersama akan menjadi kenangan manis bagi kita walaupun pada masa dan ketika itu adalah perkara yang paling buruk pernah kita hadapi..buktinya apabila kita berpisah (lebih2 lagi lepas SPM), seseorang yang kita sangka cool dan relax boleh mengalirkan air mata..mungkin ini boleh dikatakan sebagai persahabatan..

Mungkin kita sudah tidak ke kelas bersama, belajar bersama, mengulangkaji bersama, membuat "ketupat" bersama, jarang bermain dan bergelak ketawa bersama tetapi apabila wujudnya sesuatu jalinan yang dikatakan sebagai PERSAHABATAN, ikatan kita akan terus kukuh..



keayuan latep terserlah di sini


ustaz2 n ustazah2
jejaka paling hot..bngge aku jd kwn dye..

tokey aiskrim kita!
 



kembara malam

x taw lah sape tulis mnde2 ngarut ni ye..hehe..



jejaka2 pilihan abad ini


Jadi sama-samalah kita memantapkan ukhwah kita..


 *
 Dekat tidak semestinya "dekat"
Jauh tidak semestinya "jauh"
Kadangkala yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat.............
dan kadangkala yang dekat itu lebih jauh dari yang jauh.............
*


Sekian untuk kali ini dari 
seorang yang dalam hati ada taman





kamus sendribuat:
Keif Halak & Shlonak > apa khabar
Asdhikoi > sahabat2 saya
tamam / kuwayyis > baik
Hirom > sejenis selimut tebal yang beratnya 8 kg (berat len pun ade gak)
Rozana > jenama hirom (bukan wanita arab)
takriban > lebih kurang 


p/s : tiada unsur2 jiwang dalam post ini ye..
p/ss : tolong r jgn sedeyh klu baca n tgok gambar..hehe..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...