Thursday, July 14, 2011

Nikmat



Salam Alaik..


Kita, sudah pasti menginginkan kejayaan dalam hidup
Tidak kiralah kejayaan dari segi akademik, sukan, keluarga yang berjaya dan sebagainya
tapi ramai juga antara kita yang menghadapi kekecewaan yang teramat sangat apabila mengalami kegagalan

sedarkah kita bahawa usaha yang telah kita lakukan itu mestilah diakhiri dengan tawakal kepada Allah?

Sedarkah kegagalan kita itu merupakan ujian kepada kita untuk menjadi lebih sabar??

Sedarkah kita bahawa kegagalan kita itu dapat mendekatkan diri kita kepadaNya??? InshaAllah

Apa guna kejayaan kalau kejayaan itu adalah istidraj iaitu supaya kita lebih sesat???

...Usah terlalu bersedih dengan kegagalan...
...Usah terlalu bangga dengan Kejayaan...

 perasaan bangga katalis kepada ego untuk bermaharaja dalam diri,
menjadi pemerintah yang zalim kepada diri

sukar menerima pandangan orang lain

Hanya bicaranya adalah emas !

Hanya perbuatannya adalah zamrud !

Hanya pandangannya adalah berlian !

Merasakan diri hebat, hakikatmya sumbat !

Merasakan diri bagus, hakikatnya hancus !

Merasakan diri dipuji, hakikatnya dikeji !

Usah mimpi untuk menjadi mutiara di dasar laut jika ego tinggi menggunung !

Usah mimpi memjadi pemimpin kalau belum bersedia menjadi hamba !

Usah mimpi menjadi contoh kalau peribadi runtuh !

Jadilah seperti lilin yang membakar diri untuk orang lain !

Jadilah seperti permaidani yang selalu dipijak tetapi tetap senantiasa menyerikan rumah !

Jadilah seperti payung yang tahan kepada air dan panas untuk berbakti kepada manusia !

Ingatlah, nikmat boleh datang dan pergi..

jadilah nus nus (tengah2)





p/s: mood: xdapat dikenalpasti
p/ss: kamus wat sindri : ...searching....=syntax error
p:sss: perasaan : bercampur-baur
p/ssss: sumber: kitab hati n minda budak botak 19 tahun jilid II.IVX






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...