Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Perkara di atas adalah dirujuk..(skema cket)
di samping menghabiskan "winter break" ini dengan makan, tido, main fifa, tengok movie, buat bising main counter strike ngan kanak2 tahun satu yang len dan begitulah rotation yang seterusnya, ..SeoranG InsaN.. telah mengikuti rombongan melancong sekitar Jordan anjuran Bujang Sepi Tours Agency yang dikepalai oleh saudara Muhd Nur Afiq bin Yasim
Rombongan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam
Kami telah bertolak pada hari Selasa pukul 7.00 pagi
Destinasi kami yang pertama ialah Aqaba
perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam
Apa yang menariknya kat Aqaba ny ialah:
1)Ada makanan laut..kempunan makanan laut selama 4 bulan terbayar di sini..haha
2) batu karang yang amat cantik..sempat snorkelling lagi..macam kat dunia lain..pergh!!cantik giler!
3) terletak lebih kurang 9 km dari Israel..boleh nampak dari sini
5)first tym nek bot..siap boleh bawak lagi..syok!!
![]() | ||
keadaan dalam coaster..serabut giler.. |
![]() | |||||||
selepas snorkelling |
bersama pemandu bot selepas memandu bot..bukan susah pun! hee.. |
sunset di pantai aqaba |
![]() | ||||||
pemandangan dasar laut |
macam titanic (tp dalam boat r) |
Destinasi kedua selepas aqaba ialah Wadi Rum
Cadangnye nak tengok sunset tp matlamat tidak tercapai sebab matahari dah terbenam
so, kat sini pun x lama sangat pun
cuma nak masuk dalam kena naik jip
![]() | ||
musafir di padang pasir |
![]() |
pemandangan dari atas bukit untuk melihat matahari terbenam dan jip yang dinaiki untuk sampai ke kawasan ini |
Destinasi yang terakhir ialah Petra
Petra merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia
Hal ini kerana reka bentuk yang terdapat di sini bukanlah dibina tetapi diukir
Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean
Ia didirikan sembilan tahun sebelum masihi sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.
cuba bayangkan bagaimana gunung2 yang besar sebegini boleh diukir oleh manusia
(sila klik Petra untuk bacaan lebih lanjut)
tiket nak masuk (kalau convert dlm Malaysia 50x4.3=RM215 untuk sehari) |
![]() |
semua muka x sbr2 nak masuk Petra |
x taw r ape fungsi org ny..nak cakap guard x mcm guard..bergambr je lar.. |
![]() | |
ukiran2 sepanjang perjalanan dalam Petra |
betapa kerdilnya manusia jika nak dibandingkan dengan batu2 yang dipahat ini |
kereta kuda ny nak nek mahal iaitu 30 JD (lebih kurang RM129) |
nak nek unta boleh tahan mahalnye (8JD)..so bergmbar jelah dgn unta ny |
Setelah berjalan lebih kurang 2.5 km, kami telah dioffer untuk menaiki keldai ke puncak bukit
org arab penjaga keldai 2 cakap kalau jalan kaki 1 jam baru sampai
kalau nek keldai 20 minit je..
jadi kami pun naik keldai dengan bayaran 5 JD..
keldai yang aku tunggangi lebih kurang 20 minit bernama Michael Jackson |
cara nak tunggang keldai ny x lah susah sangat (tapi cuak gak sebab lalu tepi tebing curam)
kalau nak gerakkan dye cakap "helwah"
kalau nak berhentikan dye buat bunyi "Ssshhhh"
kadang2 jadi, kadang2 x..haha..
sampai gak kat sini lepas naik keldai td..ny yang kedua antara yang tercantik |
Lepas tu, jalan kaki pulak nak naik ke.....
lawa giler dr atas ny! |
Dan selepas berjalan lebih kurang 8 km di Petra (masuk 4km dan keluar 4km) selama hampir 5 Jam (8.30-2.30), kami pulang semula ke kampung halaman kami iaitu Irbid (cewahh!)
kami sampai lebih kurang pukul 10.00 kut (x pasti)
dan berhimpunlah kami di kedai halawiyyat al-Akhdar sebab ade duit lebih
![]() |
kedai Halawiyyat al-Akhdar |
Jadi, rasanya setakat ini sajalah yang boleh dikongsikan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang len
~Sharing is Caring~
Mata pun sudah mengantuk sebab jam telah menunjukkan pukuk 4.00 pagi di Jordan dan 10.00 pagi di Malaysia
Sejam lagi masuk subuh
Pergh! stay up malam ny
Biasalah tulis blog ny kena waktu2 macam ny
Baru Sy0k!
OK!!
Bertemu lagi pada "winter break" bahagian dua pulak (kalau ade r)
InshaAllah.....
Wassalam
*credit to Aminul Huzairi, Rusydi, Yuusuf Jalil for the pictures
*kamus lakusindri : coaster - kenderaan seperti bas mini
hawiyah - kad ID
halawiyyat - manisan2 di Irbid (macam2 ada!)
p/s : afiq, penuh aku tulis nama ko ny sbb nak promote agency ko..untung bahagi dua..hahaha..