Saturday, February 12, 2011

Winter Break (bahagian dua)



Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini adalah sambungan daripada yang lepas..
Setelah berehat beberapa hari, kami didatangkan dengan khabar gembira iaitu iqamah dah siap
Jadi kanak2 JUST tahun satu begitu seronok sebab boleh keluar dari Jordan
Dengan berbekalkan ilmu:
1) bahasa arab ammi kat Intec 4 bulan dan kat Jordan 4 bulan
2) blog penghuni sahara sebagai panduan
3) dan semestinya encik google yang banyak membantu,
Alhamdulillah, kami telah sampai ke tanah Syam yang seterusnya iaitu
SYRIA
 matawang Syria: 65.5 Lira = 1 JD = RM4.3
(kalau jalan macam kitorang ny je, 100JD pun da cukup) 

Trip ini juga bersama Bujang Sepi Tours Agency  yang dikepalai oleh saudara Muhd Nur Afiq bin Yasim tetapi pesertanya hanya 11 orang sahaja
aku, zhafir, afiq berg dan zahran telah berada di sana selama 6 hari
dan yang lain2 meneruskan perjalanan ke Turki (afiq,fahmi,kamal) dan Lubnan (usop,amal,amar,nuar)

 HARI PERTAMA
Kami bertolak dari Irbid pada pukul 9.15 dengan menaiki sirfis yang tambangnya 40JD satu kereta
kami berhenti di border..almaklumla nak masuk negara lain..
kami tiba di Damsyik/Dimasq/Damascus pada pukul 1.00 petang..
sepatutnya kami perlu manaiki teksi ke suatu tempat bernama souq hammidiah tetapi kami menerima pelawaan daripada orang arab di sana untuk membawa kami ke suatu hotel yang dikatakan murah dengan kereta mereka..
di hotel tersebut, kami telah menolak tawaran hotel itu kerana agak mahal dan tuan punya kereta x puas hati lalu mengenakan tambang kereta yang agak tinggi kepada kami..
mungkin tuan hotel dan tuan kereta itu satu geng..
nak x nak terpaksa lah bayar sebab dah naik..huhuhu..
selepas check-in hotel yang murah (Arab League Hotel), kami bercadang untuk masuk ke Qala'at Salahuddin al-Ayyubi tetapi hampa kerana kolaah itu tutup kerana aktiviti upgrading sedang dijalankan

di depan kolaah Solahuddin al-Ayyubi

 Jadi, kami pun berjalan di kawasan souq hammidiah (brg2 sini murah!)

permulaan lorong souq hammidiah

pada waktu malam kami telah naik ke Jabal Qassiyun dan dikatakn bahawa pemandangan dari sini amat cantik kerana boleh nampak keseluruhan Damsyik (tambang teksi turun dan naik 400 lira)
kemudian, kami mandi hammam di Hammam Nuruddin (600 lira)
pergh!! segar badan dibuatnya
lepas tu, g makan kebab (200 lira) n balik ke Arab League Hotel..


HARI KEDUA

4 orang yang len telah berpecah dengan kami kerana mereka ingin pergi ke Lubnan dan mungkin sekejap je kat Syria (Usop, Amal, Amar dan Nuar)
Hala tuju kami yang pertama ialah ke Masjid Umawi yang merupakan pusat pemerintahan Bani Umayyah
di dalam masjid ini terdapat makam nabi Yahya a.s dan tempat persinggahan nabi Khidir a.s..

kawasan tengah masjid Umawi


Dalam masjid Umawi

 Kemudian telah meluangkan masa sampai petang untuk melawat makam2 di sini seperti makam Saidatina Ruqayyah iaitu cicit Rasulullah S.A.W, merupakan anak perempuan Saidina Hussein ibn Ali iaitu cucu Rasulullah S.A.W, makam Umi Kalsum, makam Bilal bin Rabbah, makam pahlawan Islam yang terkenal yang berjaya membuka Baitul Muqaddis iaitu Sallehuddin al-Ayyubi dan banyak lagi makam2 yang len...

makam Sallehuddin al-Ayyubi

dan akhirnya kami melawat ke Azem Palace..
 semua tempat2 ini terletak di old city Damascus..

peta old city Damascus
kemudian kami pergi ke Poolman Station (stesen bas) untuk menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Kota Tadmur/Palmyra
kami bertolak dari Damsyik pada pukul 3.45 dan sampai pada pukul 6.30 petang
tambang tiket ialah 150 lira..
kami bermalam di Sun Hotel..

HARI KETIGA

Pada pukul 9.00 pagi, tempat pertama yang dilawati di Tadmur ialah muzium,
kemudian ke Temple Of Bel..

muzium palmyra
cket lg nak sampai Temple Of Bel


Temple Of Bel
Selepas itu, kami menuju ke sebuah kota pertahanan iaitu Qala'at ibn Ma'an..



dalam Qala'at ibn Ma'an
Destinasi kami yang seterusnya pada hari yang sama ialah ke Homs..
Kami bertolak pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di Homs pada jam 2.00 petang..
tiket bas ke Homs berharga 85 lira
Tujuan kami yang sebenar adalah untuk pergi ke masjid Khalid al-walid
dan disitulah terletaknya makam Khalid al-Walid atau digelar sebagai pedang Allah


di depan masjid Khalid al-Walid

makam Khalid al-Walid
Kami bercadang untuk pergi ke makam Khalifah Umar abdul Aziz tetapi disebabkan waktu yang tidak mengizinkan, niat kami itu dibatalkan
Almaklumla, kalau jalan musim syitak ni, siangnya pendek

 Kemudian, kami patah balik ke stesen bas untuk bertolak ke Tartous juga pada hari yang sama
Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dan sampai pukul 5.15 petang
Tambangnya hanya 65 lira..
Sampai je di Tartous, kami menuju ke masjid untuk solat

beg2 para begpackers kat dalam masjid..
Kemudian kami check-in di Hotel Safarak dan berjalan2 di tepi pantai Tartous

HARI KEEMPAT

Tempat pertama yang  kami tuju ialah muzium Tartous iaitu pada pukul 9.20 pagi..

pintu masuk Muzium Tartous
Kemudian, pada pukul 9.50 pagi, kami pergi sarapan dan tepat jam 10.30 pagi, kami menuju ke pantai
Niat sebenar kami ialah untuk pergi ke Pulau Tartous dengan menaiki bot..
tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan (hujan dan angin kuat), niat kami ini sekali lagi terpaksa dibatalakan
Muka kehampaan jelas terpancar pada wajah masing2..
HUHUHU..
Oleh itu, kami pergi ke stesen bas dan membeli tiket ke Hama yang bernilai 100 lira
Kami bertoalk ke Hama pada pukul 12.30 tengah hari dan tiba pada jam 2.50 petang..
perjalanan ke Hama adalah melalui Homs
Selepas selesai makan, pada pukul 4.15 petang kami pergi ke tempat tujuan kami yang utama di Hama iaitu kincir air..



Kemudian kami kembali ke stesen bas dan bertolak ke utara Syria iaitu Aleppo/Halab pada pukul 5.45 petang dengan tiketnya 100 lira
perjalanan lebih kurang 35 minit
Kami tiba di sana pada pukul 6..20 malam dan terus mencari hotel
kami menginap di Hotel Mielad pada malm tersebut
Kemudian, kami keluar untuk melihat keindahan bandar Aleppo atau Halab

HARI KELIMA

Tepat jam 9.45 pagi, kami checkout dari hotel dan menuju ke Masjid Uwami (kat Damsyik pun ada masjid nama Umawi)
Dalam masjid Uwami ini terdapat makam nabi Zakaria a.s

masjid Uwami
depam makam nabi Zakaria a.s
Pada pukul 10.30, kami pergi ke Masjid Karimiyyah
Masjid ini terletak agak tersorok
Susah gak nak cari masjid ni dan terpaksa bertanya ramai orang
apa yang menariknya ialah di dalam masjid ini terdapat kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W

kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W
Berdekatan dengan masjid ini terdapat sebuah hospital awam lama dinamakan Bimaristan Argun
Binaannya sungguh unik sekali walaupun kecil..

pintu masuk

dalam Bimaristan Argun

Selepas itu kami menuju ke tempat yang seterusnya iaitu Citadel Of Aleppo
binaan ini terletak di atas bukit

belah kanan tu pintu masuk
depan  peta Citadel of aleppo
pemandangan kota Aleppo dari atas Citadel of aleppo
 3 orang yang len telah meneruskan perjalanan ke Turki (Afiq Yasim, Fahmi dan Kamal) manakala kami kembali semula ke selatan Syria iaitu Damsyik..
Tepat jam 2.45 petang, kami bertolak ke Damsyik
dengan menaiki bas yang tiketnya berharga 200 lira..
Kami tiba di Damsyik pada pukul 7.30 malam dan seperti biasa mencari hotel yang berpatutan dan berehat kerana keletihan

HARI KEENAM

Pda pukul 9.30 pagi, kami chekout dari hotel dan pergi ke Jabal Arba'in denan menaiki teksi
Kami terpaksa menaiki sebanyak 600 anak tangga unutuk sampai ke masjid di Jabal Arba'in kerana di situ terdapat beberapa makam Wali Arba'in

anak2 tangga yang didaki
dalam masjid Wali Arba'in
Pada pukul 12.30, kami turun dari Jabal Arba'in dan menuju ke Karaj Somariyyah
untuk mengambil microbus dan menuju ke ke Bloudan
Kami bertolak dari Somariyyah ke Bloudam pada pukul 12.45 dan sampai pada pukul 1.30 petang tambangnye hanya 40 lira..
Sebab kami pergi ke sana ialah nak main salji..
HEHEHE..
disebabkan salji tu atas bukit, kami terpaksa menambah 10 lira supaya dihantar ke sana..
Agak jakun jugaklah sebab first time tengok dan merasai salji secara live..


dalam gak salji ny!


Pada pukul 2.15 petang, kami turun semula ke bawah dan mengambil microbus untuk kembali ke Damsyik..
Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dan sampai pada pukul 3.45 petang..

Di Karaj Somariyyah, kami mengambil sirfis untuk pulang semula ke Irbid..
Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dan sampai di Irbid pada pukul 7.30 malam..

Diharapkan perjalanan ke Bumu Syam ini mendapat 'ibarah yang berguna kepada kami semua..
SEKIAN.....



Tips: 
1) kalau nak naik teksi di Syria, bayaran semua bwh 200 lira..klu lebih tu maknanya kene tipu r tu.. 
2) hotel pulak lebih kurang 250 hingga 300 yang paling murah..
3) di Syria gak boleh nek microbus..tambangnye lagi cket iaitu 6-10 lira je..


Kamus Watsindri:
boder = sempadan
check-in = daftar masuk
checkout = daftar keluar
mandi hammam = tempat mandi awam
qala'at = kubu pertahanan
microbus = besar dye macam van dan ade tulisan kat atas atap
sirfis = macam teksi tapi ade kawasan yang telah ditetapkan
first time = kali pertama
poolman station = tempat perhentian bas
Karaj Somariyyah = kat situ ade bas, microbus dan sirfis
suoq = macam pasar malam r lebih kurang
Intec = International Education Centre, Shah Alam


p/s : banyak lg tempat x g..eg; Tempat anak nabi Adam,Habil dibunuh, makam Umar Abdul Aziz dan pulau Tartous
p/ss : afiq, da 2 kali aku promote ny..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...