Saturday, February 12, 2011

Winter Break (bahagian dua)



Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini adalah sambungan daripada yang lepas..
Setelah berehat beberapa hari, kami didatangkan dengan khabar gembira iaitu iqamah dah siap
Jadi kanak2 JUST tahun satu begitu seronok sebab boleh keluar dari Jordan
Dengan berbekalkan ilmu:
1) bahasa arab ammi kat Intec 4 bulan dan kat Jordan 4 bulan
2) blog penghuni sahara sebagai panduan
3) dan semestinya encik google yang banyak membantu,
Alhamdulillah, kami telah sampai ke tanah Syam yang seterusnya iaitu
SYRIA
 matawang Syria: 65.5 Lira = 1 JD = RM4.3
(kalau jalan macam kitorang ny je, 100JD pun da cukup) 

Trip ini juga bersama Bujang Sepi Tours Agency  yang dikepalai oleh saudara Muhd Nur Afiq bin Yasim tetapi pesertanya hanya 11 orang sahaja
aku, zhafir, afiq berg dan zahran telah berada di sana selama 6 hari
dan yang lain2 meneruskan perjalanan ke Turki (afiq,fahmi,kamal) dan Lubnan (usop,amal,amar,nuar)

 HARI PERTAMA
Kami bertolak dari Irbid pada pukul 9.15 dengan menaiki sirfis yang tambangnya 40JD satu kereta
kami berhenti di border..almaklumla nak masuk negara lain..
kami tiba di Damsyik/Dimasq/Damascus pada pukul 1.00 petang..
sepatutnya kami perlu manaiki teksi ke suatu tempat bernama souq hammidiah tetapi kami menerima pelawaan daripada orang arab di sana untuk membawa kami ke suatu hotel yang dikatakan murah dengan kereta mereka..
di hotel tersebut, kami telah menolak tawaran hotel itu kerana agak mahal dan tuan punya kereta x puas hati lalu mengenakan tambang kereta yang agak tinggi kepada kami..
mungkin tuan hotel dan tuan kereta itu satu geng..
nak x nak terpaksa lah bayar sebab dah naik..huhuhu..
selepas check-in hotel yang murah (Arab League Hotel), kami bercadang untuk masuk ke Qala'at Salahuddin al-Ayyubi tetapi hampa kerana kolaah itu tutup kerana aktiviti upgrading sedang dijalankan

di depan kolaah Solahuddin al-Ayyubi

 Jadi, kami pun berjalan di kawasan souq hammidiah (brg2 sini murah!)

permulaan lorong souq hammidiah

pada waktu malam kami telah naik ke Jabal Qassiyun dan dikatakn bahawa pemandangan dari sini amat cantik kerana boleh nampak keseluruhan Damsyik (tambang teksi turun dan naik 400 lira)
kemudian, kami mandi hammam di Hammam Nuruddin (600 lira)
pergh!! segar badan dibuatnya
lepas tu, g makan kebab (200 lira) n balik ke Arab League Hotel..


HARI KEDUA

4 orang yang len telah berpecah dengan kami kerana mereka ingin pergi ke Lubnan dan mungkin sekejap je kat Syria (Usop, Amal, Amar dan Nuar)
Hala tuju kami yang pertama ialah ke Masjid Umawi yang merupakan pusat pemerintahan Bani Umayyah
di dalam masjid ini terdapat makam nabi Yahya a.s dan tempat persinggahan nabi Khidir a.s..

kawasan tengah masjid Umawi


Dalam masjid Umawi

 Kemudian telah meluangkan masa sampai petang untuk melawat makam2 di sini seperti makam Saidatina Ruqayyah iaitu cicit Rasulullah S.A.W, merupakan anak perempuan Saidina Hussein ibn Ali iaitu cucu Rasulullah S.A.W, makam Umi Kalsum, makam Bilal bin Rabbah, makam pahlawan Islam yang terkenal yang berjaya membuka Baitul Muqaddis iaitu Sallehuddin al-Ayyubi dan banyak lagi makam2 yang len...

makam Sallehuddin al-Ayyubi

dan akhirnya kami melawat ke Azem Palace..
 semua tempat2 ini terletak di old city Damascus..

peta old city Damascus
kemudian kami pergi ke Poolman Station (stesen bas) untuk menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Kota Tadmur/Palmyra
kami bertolak dari Damsyik pada pukul 3.45 dan sampai pada pukul 6.30 petang
tambang tiket ialah 150 lira..
kami bermalam di Sun Hotel..

HARI KETIGA

Pada pukul 9.00 pagi, tempat pertama yang dilawati di Tadmur ialah muzium,
kemudian ke Temple Of Bel..

muzium palmyra
cket lg nak sampai Temple Of Bel


Temple Of Bel
Selepas itu, kami menuju ke sebuah kota pertahanan iaitu Qala'at ibn Ma'an..



dalam Qala'at ibn Ma'an
Destinasi kami yang seterusnya pada hari yang sama ialah ke Homs..
Kami bertolak pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di Homs pada jam 2.00 petang..
tiket bas ke Homs berharga 85 lira
Tujuan kami yang sebenar adalah untuk pergi ke masjid Khalid al-walid
dan disitulah terletaknya makam Khalid al-Walid atau digelar sebagai pedang Allah


di depan masjid Khalid al-Walid

makam Khalid al-Walid
Kami bercadang untuk pergi ke makam Khalifah Umar abdul Aziz tetapi disebabkan waktu yang tidak mengizinkan, niat kami itu dibatalkan
Almaklumla, kalau jalan musim syitak ni, siangnya pendek

 Kemudian, kami patah balik ke stesen bas untuk bertolak ke Tartous juga pada hari yang sama
Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dan sampai pukul 5.15 petang
Tambangnya hanya 65 lira..
Sampai je di Tartous, kami menuju ke masjid untuk solat

beg2 para begpackers kat dalam masjid..
Kemudian kami check-in di Hotel Safarak dan berjalan2 di tepi pantai Tartous

HARI KEEMPAT

Tempat pertama yang  kami tuju ialah muzium Tartous iaitu pada pukul 9.20 pagi..

pintu masuk Muzium Tartous
Kemudian, pada pukul 9.50 pagi, kami pergi sarapan dan tepat jam 10.30 pagi, kami menuju ke pantai
Niat sebenar kami ialah untuk pergi ke Pulau Tartous dengan menaiki bot..
tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan (hujan dan angin kuat), niat kami ini sekali lagi terpaksa dibatalakan
Muka kehampaan jelas terpancar pada wajah masing2..
HUHUHU..
Oleh itu, kami pergi ke stesen bas dan membeli tiket ke Hama yang bernilai 100 lira
Kami bertoalk ke Hama pada pukul 12.30 tengah hari dan tiba pada jam 2.50 petang..
perjalanan ke Hama adalah melalui Homs
Selepas selesai makan, pada pukul 4.15 petang kami pergi ke tempat tujuan kami yang utama di Hama iaitu kincir air..



Kemudian kami kembali ke stesen bas dan bertolak ke utara Syria iaitu Aleppo/Halab pada pukul 5.45 petang dengan tiketnya 100 lira
perjalanan lebih kurang 35 minit
Kami tiba di sana pada pukul 6..20 malam dan terus mencari hotel
kami menginap di Hotel Mielad pada malm tersebut
Kemudian, kami keluar untuk melihat keindahan bandar Aleppo atau Halab

HARI KELIMA

Tepat jam 9.45 pagi, kami checkout dari hotel dan menuju ke Masjid Uwami (kat Damsyik pun ada masjid nama Umawi)
Dalam masjid Uwami ini terdapat makam nabi Zakaria a.s

masjid Uwami
depam makam nabi Zakaria a.s
Pada pukul 10.30, kami pergi ke Masjid Karimiyyah
Masjid ini terletak agak tersorok
Susah gak nak cari masjid ni dan terpaksa bertanya ramai orang
apa yang menariknya ialah di dalam masjid ini terdapat kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W

kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W
Berdekatan dengan masjid ini terdapat sebuah hospital awam lama dinamakan Bimaristan Argun
Binaannya sungguh unik sekali walaupun kecil..

pintu masuk

dalam Bimaristan Argun

Selepas itu kami menuju ke tempat yang seterusnya iaitu Citadel Of Aleppo
binaan ini terletak di atas bukit

belah kanan tu pintu masuk
depan  peta Citadel of aleppo
pemandangan kota Aleppo dari atas Citadel of aleppo
 3 orang yang len telah meneruskan perjalanan ke Turki (Afiq Yasim, Fahmi dan Kamal) manakala kami kembali semula ke selatan Syria iaitu Damsyik..
Tepat jam 2.45 petang, kami bertolak ke Damsyik
dengan menaiki bas yang tiketnya berharga 200 lira..
Kami tiba di Damsyik pada pukul 7.30 malam dan seperti biasa mencari hotel yang berpatutan dan berehat kerana keletihan

HARI KEENAM

Pda pukul 9.30 pagi, kami chekout dari hotel dan pergi ke Jabal Arba'in denan menaiki teksi
Kami terpaksa menaiki sebanyak 600 anak tangga unutuk sampai ke masjid di Jabal Arba'in kerana di situ terdapat beberapa makam Wali Arba'in

anak2 tangga yang didaki
dalam masjid Wali Arba'in
Pada pukul 12.30, kami turun dari Jabal Arba'in dan menuju ke Karaj Somariyyah
untuk mengambil microbus dan menuju ke ke Bloudan
Kami bertolak dari Somariyyah ke Bloudam pada pukul 12.45 dan sampai pada pukul 1.30 petang tambangnye hanya 40 lira..
Sebab kami pergi ke sana ialah nak main salji..
HEHEHE..
disebabkan salji tu atas bukit, kami terpaksa menambah 10 lira supaya dihantar ke sana..
Agak jakun jugaklah sebab first time tengok dan merasai salji secara live..


dalam gak salji ny!


Pada pukul 2.15 petang, kami turun semula ke bawah dan mengambil microbus untuk kembali ke Damsyik..
Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dan sampai pada pukul 3.45 petang..

Di Karaj Somariyyah, kami mengambil sirfis untuk pulang semula ke Irbid..
Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dan sampai di Irbid pada pukul 7.30 malam..

Diharapkan perjalanan ke Bumu Syam ini mendapat 'ibarah yang berguna kepada kami semua..
SEKIAN.....



Tips: 
1) kalau nak naik teksi di Syria, bayaran semua bwh 200 lira..klu lebih tu maknanya kene tipu r tu.. 
2) hotel pulak lebih kurang 250 hingga 300 yang paling murah..
3) di Syria gak boleh nek microbus..tambangnye lagi cket iaitu 6-10 lira je..


Kamus Watsindri:
boder = sempadan
check-in = daftar masuk
checkout = daftar keluar
mandi hammam = tempat mandi awam
qala'at = kubu pertahanan
microbus = besar dye macam van dan ade tulisan kat atas atap
sirfis = macam teksi tapi ade kawasan yang telah ditetapkan
first time = kali pertama
poolman station = tempat perhentian bas
Karaj Somariyyah = kat situ ade bas, microbus dan sirfis
suoq = macam pasar malam r lebih kurang
Intec = International Education Centre, Shah Alam


p/s : banyak lg tempat x g..eg; Tempat anak nabi Adam,Habil dibunuh, makam Umar Abdul Aziz dan pulau Tartous
p/ss : afiq, da 2 kali aku promote ny..






Saturday, January 22, 2011

Winter Break (bahagian satu)






 Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk..(skema cket)
di samping menghabiskan "winter break" ini dengan makan, tido, main fifa, tengok movie, buat bising main counter strike ngan kanak2 tahun satu yang len dan begitulah rotation yang seterusnya, ..SeoranG InsaN.. telah mengikuti rombongan melancong sekitar Jordan anjuran Bujang Sepi Tours Agency yang dikepalai oleh saudara Muhd Nur Afiq bin Yasim
Rombongan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam
Kami telah bertolak pada hari Selasa pukul 7.00 pagi 
Destinasi kami yang pertama ialah Aqaba
perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam

Apa yang menariknya kat Aqaba ny ialah:
1)Ada makanan laut..kempunan makanan laut selama 4 bulan terbayar di sini..haha
2) batu karang yang amat cantik..sempat snorkelling lagi..macam kat dunia lain..pergh!!cantik giler!
3) terletak lebih kurang 9 km dari Israel..boleh nampak dari sini
5)first tym nek bot..siap boleh bawak lagi..syok!!


keadaan dalam coaster..serabut giler..

selepas snorkelling



bersama pemandu bot selepas memandu bot..bukan susah pun! hee..


sunset di pantai aqaba
pemandangan dasar laut

macam titanic (tp dalam boat r)

Destinasi kedua selepas aqaba ialah Wadi Rum
Cadangnye nak tengok sunset tp matlamat tidak tercapai sebab matahari dah terbenam
so, kat sini pun x lama sangat pun
cuma nak masuk dalam kena naik jip
musafir di padang pasir

pemandangan dari atas bukit untuk melihat matahari terbenam dan jip yang dinaiki untuk sampai ke kawasan ini
 Destinasi yang terakhir ialah Petra
Petra merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia
Hal ini kerana reka bentuk yang terdapat di sini bukanlah dibina tetapi diukir
Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean 
Ia didirikan sembilan tahun sebelum masihi sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.
cuba bayangkan bagaimana gunung2 yang besar sebegini boleh diukir oleh manusia 
(sila klik Petra untuk bacaan lebih lanjut)

tiket nak masuk (kalau convert dlm Malaysia 50x4.3=RM215 untuk sehari)
tp kami sebagai student ade hawiyah, jd bayarannye cume 1 JD= RM 4.30 :)

semua muka x sbr2 nak masuk Petra
x taw r ape fungsi org ny..nak cakap guard x mcm guard..bergambr je lar..
ukiran2 sepanjang perjalanan dalam Petra
Setelah penat berjalan lebih kurang 2km akhirnya destinasi yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu...

betapa kerdilnya manusia jika nak dibandingkan dengan batu2 yang dipahat ini


kereta kuda ny nak nek mahal iaitu 30 JD (lebih kurang RM129)
nak nek unta boleh tahan mahalnye (8JD)..so bergmbar jelah dgn unta ny
 Setelah berjalan lebih kurang 2.5 km, kami telah dioffer untuk menaiki keldai ke puncak bukit
org arab penjaga keldai 2 cakap kalau jalan kaki 1 jam baru sampai
kalau nek keldai 20 minit je..
jadi kami pun naik keldai dengan bayaran 5 JD..

keldai yang aku tunggangi lebih kurang 20 minit bernama Michael Jackson
 cara nak tunggang keldai ny x lah susah sangat (tapi cuak gak sebab lalu tepi tebing curam)
kalau nak gerakkan dye cakap "helwah"
kalau nak berhentikan dye buat bunyi "Ssshhhh"
kadang2 jadi, kadang2 x..haha..

sampai gak kat sini lepas naik keldai td..ny yang kedua antara yang tercantik

Lepas tu, jalan kaki pulak nak naik ke.....



lawa giler dr atas ny!
Dan selepas berjalan lebih kurang 8 km di Petra (masuk 4km dan keluar 4km) selama hampir 5 Jam (8.30-2.30), kami pulang semula ke kampung halaman kami iaitu Irbid (cewahh!)
kami sampai lebih kurang pukul 10.00 kut (x pasti)
dan berhimpunlah kami di kedai halawiyyat al-Akhdar sebab ade duit lebih

kedai Halawiyyat al-Akhdar

Jadi, rasanya setakat ini sajalah yang boleh dikongsikan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang len
~Sharing is Caring~
Mata pun sudah mengantuk sebab jam telah menunjukkan pukuk 4.00 pagi di Jordan dan 10.00 pagi di Malaysia
Sejam lagi masuk subuh
Pergh! stay up malam ny
Biasalah tulis blog ny kena waktu2 macam ny
Baru Sy0k!

        OK!!
Bertemu lagi pada "winter break" bahagian dua pulak (kalau ade r)
InshaAllah.....

Wassalam




*credit to Aminul Huzairi, Rusydi, Yuusuf Jalil for the pictures

*kamus lakusindri : coaster - kenderaan seperti bas mini
                              hawiyah - kad ID
                              halawiyyat - manisan2 di Irbid (macam2 ada!)
            
 p/s : afiq, penuh aku tulis nama ko ny sbb nak promote agency ko..untung bahagi dua..hahaha..





Sunday, January 16, 2011

Erti Sebuah Persahabatan


Keif Halak ya asdhikoi?
Shlonak??
ana tamam wa kuwayyis
Alhamdulillah...

Sahabat ?? Kawan?? apa bezanya???
bagi ..SeoranG InsaN.. sahabat adalah teman yang lebih bermakna berbanding dengan kawan..
mungkin seorang sahabat adalah lebih penting dari sepuluh kawan..

Apa buktinya??
1) seorang yang rapat dengan Rasulullah S.A.W lebih dikenali dengan gelaran sahabat
2) kawan makan kawan ( jarang kita dengar sahabat makan sahabat)
3) cuba tengok tajuk kat atas : Erti Sebuah Persahabatan ( pernah x kita dengar erti sebuah perkawanan??)

Sebuah persahabatan yang diredhai Allah adalah dua orang insan yang bertemu dan berpisah adalah kerana Allah. Jadi seharusnya kita menjaga tali persahabatan ataupun ukhwah sesama kita.

Jadi x mahu cerita lebih sebab semua pun tahu kan bagaimana tali persahabatan itu perlu dijaga dan diperkukuhkan. InsyaAllah Encik Google ataupun YB Yahoo boleh membantu..

Cerita ini adalah sekadar perkongsian semata-mata pada awal "winter break"..

Demi menjaga dan memantapkan ukhwah kami di sini,, kami telah membuat "prank" kepada sahabat kami iaitu Yuusuf Jalil atau nama manja beliau Ucop Chan sempena dengan befdaynye..

"Prank" ini telah diasaskan oleh ahli rumah beliau iaitu afiq yasim, zafran (Z), dan rushdi(walaupun tgh tido) serta dibantu oleh skuad2 legendary iaitu nadzmi, zhafir dam kamal_7. Skuad2 profesional, amateur dan beginner yang len sedang berjihad di alam lain bersama rozana (hirom) kerana "prank" ini telah dilangsungkan pada pukul 2.30 pagi (takriban)..

Walaupun prank ini telah terkantoi oleh tuan punye befday (ucop chan),, tetapi kemanisan "prank" ini tetap ada..hehehe (ayat cover)






Ini adalah satu wasilah bagi kita untuk mengeratkan ukhwah kita. ..SeoranG InsaN.. amat pasti dan yakin bahawa kita selalu melakukan "befday prank" sebegini..Betul kan?? Walaupun nampak simple tetapi kesannya amat mendalam terutama kepada yang kena "prank" tu..

Contohnya ketika bersama dengan sahabat-sahabat di kelas 4 n 5 Smart di sekolah lama..Nak bagitaw betapa power x power dan hebat x hebatnya "prank" ini ialah mangsa "prank" tu siap menangis teresak-esak lagi..puas pulak nak pujuk..HAHAHAH..(tak taw lah sape ek..)

Melalui perkara sebeginilah kita dapat mengetahui betapa mendalamnya nilai persahabatan ini..
Kerana setiap detik dan masa kita bersama akan menjadi kenangan manis bagi kita walaupun pada masa dan ketika itu adalah perkara yang paling buruk pernah kita hadapi..buktinya apabila kita berpisah (lebih2 lagi lepas SPM), seseorang yang kita sangka cool dan relax boleh mengalirkan air mata..mungkin ini boleh dikatakan sebagai persahabatan..

Mungkin kita sudah tidak ke kelas bersama, belajar bersama, mengulangkaji bersama, membuat "ketupat" bersama, jarang bermain dan bergelak ketawa bersama tetapi apabila wujudnya sesuatu jalinan yang dikatakan sebagai PERSAHABATAN, ikatan kita akan terus kukuh..



keayuan latep terserlah di sini


ustaz2 n ustazah2
jejaka paling hot..bngge aku jd kwn dye..

tokey aiskrim kita!
 



kembara malam

x taw lah sape tulis mnde2 ngarut ni ye..hehe..



jejaka2 pilihan abad ini


Jadi sama-samalah kita memantapkan ukhwah kita..


 *
 Dekat tidak semestinya "dekat"
Jauh tidak semestinya "jauh"
Kadangkala yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat.............
dan kadangkala yang dekat itu lebih jauh dari yang jauh.............
*


Sekian untuk kali ini dari 
seorang yang dalam hati ada taman





kamus sendribuat:
Keif Halak & Shlonak > apa khabar
Asdhikoi > sahabat2 saya
tamam / kuwayyis > baik
Hirom > sejenis selimut tebal yang beratnya 8 kg (berat len pun ade gak)
Rozana > jenama hirom (bukan wanita arab)
takriban > lebih kurang 


p/s : tiada unsur2 jiwang dalam post ini ye..
p/ss : tolong r jgn sedeyh klu baca n tgok gambar..hehe..







Wednesday, December 8, 2010

So Cute!! Fewitt!!


Salam alaik..

pagi yang sungguh hening,
langit yang tanpa awan kian membiru,
burung2 berkicauan menyanyikan lagu nancy ajram dan haifa wahbe,
tumbuh-tumbuhan bersedia untuk melakukan light reaction setelah sekian lama mengaktifkan dark reaction
ditambah pula dgn angin yang sepoi2 bahasa tetapi ber"degree"kan 9 darjah celcius,
dpt menusuk tulang dari skull smpai hujung phalanges..
menyebabkan function of fat menjadi penting untuk mengekalkan temperature badan supaya tidak tewas dengan suasana ini
kalau x, berhibernasilah ..SeoranG InsaN..
Brrrrrrrr...
dan ditemani pula dengann lagu2 rock dulu2..
pergh..layan...
wakakaka..

entri hari ini adalah untuk bergosip sikit
ingat orang perempuan je ke pandai bergosip!
hahaha
jadi berfikirlah dulu sebelum membaca ayat2 di bawah 
kerana ini dapat membuatkan anda mandi x kering, 
makan x lapar 
tidur x ngantuk 
dan seumpamanya..............

Nak bergosip tentang Insan yang cute kt irbid ny..
Sudah semestinya kanak2 irbid yang lingkungan umurnya  hingga tadika SAJE..
lebih daripada tu x cute dah..
jd cat plak..

Kebiasaannya pak2 arab kt sini kalau nak salam, mesti angkat tangan tinggi punye macam nak bagi penampar
lepas tu "pap" ke tangan sahabat mereka
ini menunjukkan keakraban mereka
jadi kami budak2 melayu terikut dengan mereka
almaklumla, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
hehehe

Jadi, nak dijadikan cerita,
Semalan, lepas solat Isyak kt masjid Jamiah (bukan senang nak tengok ..SeoranG InsaN.. smayang kat masjid n bukan senang gak nak tengok ..SeoranG InsaN.. x smayang kt masjid..hehe)
dalam pukul 6.30 waktu tempatan,
aku tersenyum sendirian
WHY?? ليش؟؟
..SeoranG InsaN.. terlihat seorang budak kecik area 2 tahun kut,
bila ade seorang pak arab nak salam dengan dye..
budak kecik tu angkat angkat tinggi..
dan "pek" ke tangan pak arab 2
haha..kalau bunyi "pap" tu tipu r sebab budak tu kecik lagi
comey giler ..SeoranG InsaN.. tengok budak kecik 2 wat camtu
hehehe
Itulah budaya masyarakat di sini
sampai budak kecik pun wat camtu
hahahah..


lebih kurang camni r budak2 kat sini (macam aku kecik2 dulu)


Lagi satu, ..SeoranG InsaN.. suka layan budak2 yang dekat dengan rumah aku
(sambil berjalan je)
2 soalan yang ..SeoranG InsaN.. dah taw diowang nak tanye ape kat ..SeoranG InsaN.. apabila nampak diowang iaitu..

Why are you so handsome like nanba-senpai??
Can I be you girlfriend??
 
Tengok!!
budak2 pun dah pandai
hahhaha
Yang atas ni ..SeoranG InsaN.. tipu je..:)
2 soklan tu ialah..
How are you??
What is your name??

..SeoranG InsaN.. pun jawablah..
pastu tanye diowang balik
(dalam arab r..tak macho r tanye english..hahaha)
tapi disebabkan diowang budak2 lagi, around 5 tahun kut,
padanlah dengan soklan yang diowang tanye..

Jadi, apa ..SeoranG InsaN.. dapat dari diowang ialah kite mestilah melatih diri dari awal2 lagi supaya perkara tersebut menjadi kebiasaan kite kelak dan kite akan istiqomah dalam melakukannya..
InshaAllah..

Sekian, dari entri cute  fewitt!!
melaporkan dari bilik, rumah no.2, al-miqdadi 1..




Nancy Ajram n Haifa Wahbe : penyanyi hot Arab
Nanba-senpai : watak dalam cite jepon (Hanakimi)
ليش : kenapa (arab ammi jordan)




Saturday, December 4, 2010

Its Over??



YAHOO!

the exam is over..

no need to study

no need to stay up

no need to burst my head with the critical things





wakakaka


ENJOY!!

 
Fuhh!!
lega rase hati bila exam kedua untuk sem pertama dan tahun pertama sudah habis
Alhamdulillah,,semua soalan dapat dijawab..hee
(walaupun ade yang menggunakan teknik tutup mata n jawab dgn mata hati,,janji semua dijawab)

da lame da x menulis sebab cuti..hehe..(cehh,,padahal baru 2 post)
almaklumla,, orang yang kureng2 macam ..SeoranG InsaN.. kene stadi lebih sikit
bukanlah yang macam kebanyakan orang kt sini
so, skrang dah ade mase sikit boleh r menari-nari di atas badan compaq ni..
selain dari mengadap MUKABUKU yang x berkesudahan tu..
bukan ape,,saje je menjadi "stalker" yang bertauliah..
jadi sape2 yang nk upah stalker,,boleh r contact ..SeoranG InsaN..
hahaha..


Tapi adakah apabila habis exam kite boleh enjoy???

A: Boleh r..kita dah penat stadi untuk exam,,da abes exam,,enjoy gila2 r..woww

B: Mana boleh enjoy!! xde istilah enjoy2 dlm diri kita sebagai seorang pelajar..

C: Wei,,suka hati aku r nk enjoy ke x?? Ko sibuk pehal tanye aku soklan camtu..


Aduhh!!terkene kt ..SeoranG InsaN.. plak
Oit A, ko ny blaja sebab exam ke?? patut r lepas exam semua skali hilang..xde tinggal sebutir pun..(rase macam cakap kat diri sendiri plak..hee)

Wahai B, mengapakah kamu begitu skema..bersukaria adalah fitrah manusia..
Woi C, suke hati ..SeoranG InsaN.. r nak tanye..ade ke aku menyusahkan mak bapak tiri belah laki bini mak tiri ko punye dua pupu..


In a nutshell,,suka hati korang lar nak wtpe
yang penting korang bahagia di samping orang yang tersayang..hehe..


But, the important is ITS NOT OVER,,its just take 5..
so, renung-renungkan dan selamat beramal :)


~wink~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...