Thursday, September 29, 2011

Buah



          Setelah 2 purnama menyepi, kini kembali untuk menulis buah2 fikiranku yang tidak seberapa. Bukan tiada masa untuk menulis, tetapi tidak diberi kekuatan untuk melaksanakan apa yang ditulis. Kerana bukan susah untuk menari-narikan jari-jemari di atas keyboard, tetapi begitu sukar untuk menzahirkan apa yang ditarikan melalui perbuatan. Ada sahaja yang apabila menulis, ayat2 mereka masyaAllah hebat tetapi kelas pun ponteng. Ini sebagai contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Oleh itu, benarlah kata pepatah: 

..kita jangan melihat kepada sang pembicara, lihatlah kepada apa yang dibicara..

          Kalau kita asyik menilai kepada sang pembicara sebelum kita melihat kepada apa yang dibicara, memang sampai bilalah kehausan ilmu itu berpanjangan. Memang jelas kebanyakan antara kita termasuk diri saya sendiri yang sering mengeluarkan kata-kata seperti

"Dia tu cakap je lebat, buat x!"
"korg percaya ke mnde dia cakap, entah2 tipu je kot..org macam dia x boleh percaya sangat"

**arghhh,,cmne bleh lost idea...take 5 jap..sambung bace microb..adoyaiiii, microscope lgi,,dri drjah 4 dah aku blaja..borink~heh**

          Sekarang kita dapat lihat bagaimana di mukabuku, pelbagai ragam manusia seperti membuat perdebatan di alam maya.Ini mungkin jalan sebahagian daripada kita untuk melontarkan buah fikiran masing-masing. Ada juga antara kita yang tidak suka menyampaikan melalui penulisan, mereka menyampaikan melalui percakapan dan mungkin juga melalui tingkah laku. Ada juga yang selalu talk nonsense dalam mukabuku, tetapi kita tidak mengetahui bagaimana peribadi sebenar orang. Mungkin dia adalah seorang yang lebih hebat!

**Stalk FB kejap..eh ada orang post kat medicomaniax..mintak satu link..eh, baru nak comment, dah delete balek..selamat sempat baca..heh**

Yeah!! hormat pada wadah bicara orang,,InsyaAllah orang akan hormat pada wadah bicara kita..semua dah besar kaaann....



kamus watsindri
microb: microbiology (subjek yang blajar skarang)
medicomaniax: group medic 2nd year JUST dalam FB yg happening


p/s: abaikan tulisan dalam **......** (xde kaitan dengan teks)
p/ss: FB still lgi menjadi tmpatku mengarut..hohoho..
p/sss: gua dah masuk 2nd year woww..doakan gua pass this year dengan cemerlang...amiiinnn.. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...