Friday, November 11, 2011

err



SALAM..



terpaksa = terseksa


menerima = OK


memberi = paling OK


Bagaimana mahu memberi???
.
..
...
....
.....






Thursday, September 29, 2011

Buah



          Setelah 2 purnama menyepi, kini kembali untuk menulis buah2 fikiranku yang tidak seberapa. Bukan tiada masa untuk menulis, tetapi tidak diberi kekuatan untuk melaksanakan apa yang ditulis. Kerana bukan susah untuk menari-narikan jari-jemari di atas keyboard, tetapi begitu sukar untuk menzahirkan apa yang ditarikan melalui perbuatan. Ada sahaja yang apabila menulis, ayat2 mereka masyaAllah hebat tetapi kelas pun ponteng. Ini sebagai contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Oleh itu, benarlah kata pepatah: 

..kita jangan melihat kepada sang pembicara, lihatlah kepada apa yang dibicara..

          Kalau kita asyik menilai kepada sang pembicara sebelum kita melihat kepada apa yang dibicara, memang sampai bilalah kehausan ilmu itu berpanjangan. Memang jelas kebanyakan antara kita termasuk diri saya sendiri yang sering mengeluarkan kata-kata seperti

"Dia tu cakap je lebat, buat x!"
"korg percaya ke mnde dia cakap, entah2 tipu je kot..org macam dia x boleh percaya sangat"

**arghhh,,cmne bleh lost idea...take 5 jap..sambung bace microb..adoyaiiii, microscope lgi,,dri drjah 4 dah aku blaja..borink~heh**

          Sekarang kita dapat lihat bagaimana di mukabuku, pelbagai ragam manusia seperti membuat perdebatan di alam maya.Ini mungkin jalan sebahagian daripada kita untuk melontarkan buah fikiran masing-masing. Ada juga antara kita yang tidak suka menyampaikan melalui penulisan, mereka menyampaikan melalui percakapan dan mungkin juga melalui tingkah laku. Ada juga yang selalu talk nonsense dalam mukabuku, tetapi kita tidak mengetahui bagaimana peribadi sebenar orang. Mungkin dia adalah seorang yang lebih hebat!

**Stalk FB kejap..eh ada orang post kat medicomaniax..mintak satu link..eh, baru nak comment, dah delete balek..selamat sempat baca..heh**

Yeah!! hormat pada wadah bicara orang,,InsyaAllah orang akan hormat pada wadah bicara kita..semua dah besar kaaann....



kamus watsindri
microb: microbiology (subjek yang blajar skarang)
medicomaniax: group medic 2nd year JUST dalam FB yg happening


p/s: abaikan tulisan dalam **......** (xde kaitan dengan teks)
p/ss: FB still lgi menjadi tmpatku mengarut..hohoho..
p/sss: gua dah masuk 2nd year woww..doakan gua pass this year dengan cemerlang...amiiinnn.. 



Thursday, July 14, 2011

Nikmat



Salam Alaik..


Kita, sudah pasti menginginkan kejayaan dalam hidup
Tidak kiralah kejayaan dari segi akademik, sukan, keluarga yang berjaya dan sebagainya
tapi ramai juga antara kita yang menghadapi kekecewaan yang teramat sangat apabila mengalami kegagalan

sedarkah kita bahawa usaha yang telah kita lakukan itu mestilah diakhiri dengan tawakal kepada Allah?

Sedarkah kegagalan kita itu merupakan ujian kepada kita untuk menjadi lebih sabar??

Sedarkah kita bahawa kegagalan kita itu dapat mendekatkan diri kita kepadaNya??? InshaAllah

Apa guna kejayaan kalau kejayaan itu adalah istidraj iaitu supaya kita lebih sesat???

...Usah terlalu bersedih dengan kegagalan...
...Usah terlalu bangga dengan Kejayaan...

 perasaan bangga katalis kepada ego untuk bermaharaja dalam diri,
menjadi pemerintah yang zalim kepada diri

sukar menerima pandangan orang lain

Hanya bicaranya adalah emas !

Hanya perbuatannya adalah zamrud !

Hanya pandangannya adalah berlian !

Merasakan diri hebat, hakikatmya sumbat !

Merasakan diri bagus, hakikatnya hancus !

Merasakan diri dipuji, hakikatnya dikeji !

Usah mimpi untuk menjadi mutiara di dasar laut jika ego tinggi menggunung !

Usah mimpi memjadi pemimpin kalau belum bersedia menjadi hamba !

Usah mimpi menjadi contoh kalau peribadi runtuh !

Jadilah seperti lilin yang membakar diri untuk orang lain !

Jadilah seperti permaidani yang selalu dipijak tetapi tetap senantiasa menyerikan rumah !

Jadilah seperti payung yang tahan kepada air dan panas untuk berbakti kepada manusia !

Ingatlah, nikmat boleh datang dan pergi..

jadilah nus nus (tengah2)





p/s: mood: xdapat dikenalpasti
p/ss: kamus wat sindri : ...searching....=syntax error
p:sss: perasaan : bercampur-baur
p/ssss: sumber: kitab hati n minda budak botak 19 tahun jilid II.IVX






Tuesday, June 28, 2011

E.G.O



...SALAM...



Entri adalah berdasarkan PEMERHATIAN dan PENGALAMAN seorang budak botak yang baru berusia x sampai 19 tahun..

apabila kita berbicara tentang EGO,,perkara ini sering dikaitkan dengan lelaki kerana :-

lelaki dikatakan kuat,,so, semua lelaki nak tunjuk kekuatan
lelaki dikatakan sebagai ketua,,so, semua lelaki nak jadi ketua
lelaki dikatakan hebat,,so, semua lelaki nak tunjukkan kehebatan
semua lelaki adalah jantan,,so, nak tujukkan kejantanan (wanita jangan ditukar kepada lawan maksud bagi jantan ye!! buruk maksudnye..)



1. EGO yang menyebabkan dua orang atau pihak bertengkar sebab nak menang supaya orang lain dapat menerima pendapatnya sahaja sebab x nak malu supaya orang memandangnya tinggi sebab bla bla bla supaya bla bla bla.....................

2. Seorang yang hanya mendiamkan diri apabila orang lain sedang berbincang mengenai sesuatu perkara kerana dianggap perkara itu remeh dan tidak sessuaiii untuk dirinya yang dianggap lebih bijak daripada orang lain tersebut..


Cara awal mengurangkan sikap EGO 
(kopi n pasta satu blog dan isinya telah diedit supaya menjadi lebih menarik)

6 perkataan paling penting diucapakan
SAYA MENGAKU YANG YANG SAYA BERSALAH
(bukan versi  Mamat Khalid ye)

5 perkataan paling penting
ANDA SUDAH YANG MENCUBA  YANG TERBAIK

4 perkataan yang paling penting
BAGAIMANA PULA PENDAPAT ANDA

3 perkataan paling penting
SAYA MINTA MAAF

2 perkataan paling penting
TERIMA KASIH

1 perkataan yang paling paling penting
ASSALAMUALAIKUM

DAN 

1 perkataan paling TAK penting
AKU.....



.......Sekian......




p/s : yeah, btol aku juga mempunya ego yg sgt tinggi,,so saya minta maaf  (3 perkataan paling penting) jika seandainya kadang2 mempunyai ego yang terlalu tinggi terutama kepada orang yang baru dikenali dan yang berlainan jantina..heh..
p/ss : menulis memang senang tetapi ingin mengucapkannya di hadapan orang bagi sebahagian daripada kita memang susah seperti mengangkat batu yang besar.. nak2 pulak yang bab mintak maaf tu..ye dak..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...